Friday, 17 May 2013

rindu sangat !


sumpah rindu kat dia ni :'( hanya dia dalam hati aku sekarang ni walaupun dia da berpunya dan tinggalkan aku :)
walau apapun aku akan cuba dapatkan dia semula . insyaallah !
kalau aku diberi peluang dapat dia . aku akan jaga dia betul-betul !
aku sanggup terima dia walaupun dah banyak dia sakitan hati aku . aku akan lupakan kenangan pahit aku dengan dia . aku akan cuba bina hidup baru dengan dia :)

andai aku tak dapat peluang tu maknanya aku terpaksa untuk melupakan dia dan biarkan dia bahagia dengan pilihan hatinya walaupun sungguh sakit dan perit hati aku melihat dia bahagia ! :'(

Oh Bulan Sampaikan Rinduku .
Oh Bintang Kirimkan Cintaku .
Yang Hilang Pastikan Bersatu .
Oh Sayang Didalam Mimpimu .



okay bye :)

Wednesday, 15 May 2013

MOIST CHOC. CAKE

haii ! tiba tiba teringin nak share cara-cara buat cupcake chocolate :) tapi aku belum try . saja nak bagi korang semua try dulu :D

gambar hiasan

BAHAN A : diayak

2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :

4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBANCUH ADUNAN :

Pukul gula + telur = kembang (high speed) saya pukul dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu pekat , pukul sekejap dan masukkan minyak dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung - sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati .Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi , jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .


RESEPI UNTUK COKLAT GANACHE :

Sukatan biasa digunakan membuat ganache ialah:

300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat ganache:

1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa jam sebelum digunakan.( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)

cara ni memang rumit sikit tapi aku percaya korang pasti enjoy dan leka bila buat cupcake ni :D haha tak rugi pun kalau nak belajar kan ? 
so cuba lah dan rasa sendiri :P
kbye :*

Saturday, 11 May 2013

MaShEd PoTaTo WiF SoS / GrAvY :3

na share cara nak buad mashed potato wif sos or gravy pulakkk ! ni ponn sodaapppp ~ hahaha :D

gambar hiasan je ^_^

1.Bahan-bahan mashed potato :
 *kentang
*susu segar (fresh milk / UHT milk )
 *lada hitam
*garam
 *air untuk rebus

~Cara membuat :
 *kentang dipotong dadu , rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
  *selepas empuk lenyekkan sehingga empuk
 *semasa melenyek selang selikan dengan susu segar
  *letak garam dan taburkan lada hitam , kemudian biarkan ketepi 

2.Bahan-bahan sos / gravy :
 *daun saderi
*bawang besar
 *air
*kiub ayam
 *marjerine
*tepung gandum
 *sos tomato
*sos tiram
 *kicap pekat
*serbuk lada hitam
 *garam (rasa dulu sebelum tambah garam )

~Cara membuat :
 *isi air dalam periuk , masukkan batang saderi + bawang yang telah dihiris
  *tambah kiub ayam masak sehingga mendidih
 *renehkan selama 10 minit
  *tapis stok tadi, air tapisan digunakan untuk membuat sos
 *cairkan marjerin masukkan tepung gandum
  *masukkan stok sedikit demi sedikit
 *tambah sos tomato + sos tiram + kicap pekat + serbuk lada hitam

dannnnnnnnnnnnnn SIAP !
so enjoy your mashed potato yummmiee !
Kbye ! ^.^

Coleslaw yummie :3

now nak share cara mbuat COLESLAW ! nyumm nyumm ! my favou ! :P




Bahan-bahan :
*kobis putih / ungu
 *lobak merah
*mayonaise
 *susu segar ( fresh milk / UHT milk )
*gula pasir
 *garam
*perahan limau nipis / kasturi
 *lada hitam (jika mahu)
*bekas yang ada penutup

Cara membuat :
*basuh kobis dan lobak sehingga bersih dan biarkan hingga kering .
 *cincang / hiris kobis dan lobak sehingga kecil 
*masukkan dalam mangkuk mayonaise , susu , gula pasir , garam perhan limau dan lada hitam jika mahu 
 *gaulkan hingga sebati
*campurkan bahan tadi ke dalam kobis dan lobak yang telah dicincang / dihiris
 *isi dalam bekas yang ada penutup kemudian tutup
*masukkan kedalam peti sejuk biarkan selama 12 jam

Tanda coleslaw matang :
*berair
 *rasanya "smooth"

dannnnnnnnnn SIAP ! simple je kan ? ^.^
selamat mencuba sesiapa yang sukakan Coleslaw ini :)
Kbye !

Thursday, 9 May 2013

New Picture

Hai hai hai !
okay sekarang aku nak share pix terbaru aku : ngeh ngeh . saje nak share . tak suke shuuuh g men jauh2 :P yang ni  ta berapa nak latest sangat laa . ^^



 itu bukan skirt okay ? itu seluar pallazo :D BFA aku bagi ~ ngeee :D


haa yang ni baru latest pic :D 
sayang jam tuu ! gift from makcik aku sempena bufday aku :3
 nametext : FARAH KECHIK




 aku sayang fon aku yang tuhh ! 
 aku suka gelang yang jenis macam tu :3

yang ni pic yang aku edit ~

  saje edit bosan tahap babeng :D ngeh ngeh :)

okay thats all . kbye ! :)

Monday, 6 May 2013

KECEWA DAN PASRAH

tak sangka betul aku perngai kau macam tu kan ? aku fikir kau lain dari lelaki2 lain . tapi kenyataan nya kau pun sama ! kenapa masa aku nak kat kau balik tu kau terima aku kalau betul kau dah ada awek lain ? kenapa ??????? kau nak balas dendam ke ? kau cakap kau tanak mengaku sebab kau nak jaga persaan aku !  ahh ! penipu je ! sekarang ni kau dah pun lukakan hati aku !

asyraf ! kenapa kau sanggup buad aku mcam ni ? kau tahu tak aku dah sayang kau ? sampai nya hati kau buad aku macam ni ! 

aku harap kau dengan perempuan pilihan kau bahagia . aku takkan ganggu hidup kau lagi . terima kasih pernah bahagiakn aku . :) terima kasih jugak pernah beri aku macam2 :') semoga bahagia ye :'(